
HALAMAN PSS MMPS
- Halaman Utama
- Pengurusan JK PSS MMPS#
- Carta Organisasi PSS MMPS
- Pengurusan Pengawas Pusat Sumber (PPS) MMPS
- Maklumat NILAM MMPS
- Pelaporan NILAM PPD Kota Setar
- Portal i-NILAM MMPS
- Tarantula i-NILAM
- Daftar i-NILAM MMPS
- Tokoh NILAM MMPS
- PS Sentral
- Penkatalogan & Proses Teknik
- Rak Buku Maya PSS MMPS
- E-Library PSS Bustanul 'Arifin MMPS
- TV PSS
- Kampus Astro
- Penarafan PSS MMPS
- Pameran Bertema PSS MMPS
- Literasi Maklumat, Teknik Belajar, Membaca, Menulis & Alat Pemikiran
- Koleksi Ayat Al-Quran, Matan Al-Hadis, Kata-Kata Hikmah & Pujangga Tentang Amalan Membaca
- Rekod Penggunaan PSS MMPS Guru & Staff
- Selamat Hari Lahir Guru & Staf MMPS & Jasamu Dikenang
- Koleksi Gambar PSS MMPS
- Id & Pwd DELIMA Ting. 1 - 3 MMPS
- Bahan Taklimat Orietasi Tingkatan 1 PSS MMPS
- Padlet PSS MMPS
- Kota Buku @ Book Capital
- Proses Teknik Buku
Carian Dalam Blog Ini
Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/FqvzPjpDHWk9fyFw5
Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID
Rabu, 22 Mei 2024
Minecraft Education Challange 2024 Peringkat Kebangsaan

Selasa, 14 Mei 2024
KUIZ u-PUSTAKA 2024
------------------------------




Ahad, 12 Mei 2024
Aplikasi Pandai
"Dengan Aplikasi Pandai, pembelajaran menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan! Akses kepada pelbagai sumber pendidikan, latihan interaktif, dan bahan pembelajaran yang disusun rapi. Jadikan pembelajaran anda lebih mudah dan menyeronokkan untuk lebih cemerlang dalam pelajaran. Muat turun Aplikasi Pandai hari ini untuk pengalaman pembelajaran yang lebih baik!". Ada quiz battle, live tuition, notes, reward dan sebagainya. Daftar pakej percuma. Untuk maklumat lanjut klik link ini: https://my.pandai.org/ atau https://app.pandai.org//from/NURMASMARINA
e-Literasi Media dan Maklumat (Tahap Asas, Pertengahan & Lanjutan)
ATTENTION: All librarians, teachers and students. To know the correct way to search for information, please go to the e-LMM portal (http://elmm.pnm.gov.my/). There are 3 levels - basic, intermediate and advance. There is no need to re-invent the wheel. Tahniah PNM.
Rabu, 8 Mei 2024
Selasa, 7 Mei 2024
Baca Komik Online & Hantar Komik Anda di Sini

Mobile Apps
1. WebComics
2. MangaToon
3. POPS
4. bilibili
5. WEBTOON
6. CrunchyRoll Manga
7. Viz Manga
8. Comic & Manga
9. Manga Plus
10. Mangamo
11. Wonderbuuk
12. sakocomic
13. Comixology
14. DC
15. kissmanga.nl
16. mangakakalot.com
17. webtoons.com
18. mangapart.net
Untuk menghantar komik, sila email komik beserta butiran ke hai@matkomik.com
Assalammualaikum
Anda suka conteng menconteng setiap kali ada ruang kosong dihelaian kertas?, suka buat komik dan kemudian upload di media sosial?, berhasrat untuk terbitkan buku komik sendiri, tetapi tiada keyakinan untuk menghadapi realiti komik akan di 'rejek'?, ataupun anda pelukis komik profesional yang mahukan sesuatu lain dari kebiasaan yang pernah anda buat? Nah! anda datang tempat yang betul.
'Laman website Matkomik diwujudkan sebagai suatu wadah platform percuma untuk mengekpresikan karya secara bebas!.' Noktah!
Kami tidak akan menilai sesebuah karya komik itu dari segi kualiti lukisan/stroke mahupun genre anda. Pun begitu prinsip Matkomik, Mudah! iaitu mesej yang hendak disampaikan adalah lebih penting dari segalanya. Kerana setiap pembaca mempunyai berlainan intrapetasi tentang sesebuah karya. Inilah yang dipanggil Seni!. Jadi tidak perlulah kita bertelagah hal remeh temeh ini, kerana memajukan Komik Tempatan itu lebih penting.
Anda hanya perlu hantar komik melalui email kepada kami iaitu hai@matkomik.com. Berkenaan cerita, genre, cara susun layout dan berapa helaian muka surat perlu dihasilkan?, itu terpulang kepada anda 100%.
Sebelum itu, ada beberapa perkara perlu anda patuhi [Wajib!] :
Anda boleh hasilkan komik tentang genre atau isu apapun, tetapi perlu diingati isi kandungan komik anda tidak akan menyentuh isu sensitiviti perkauman, keagamaan dan seumpamanya. Kita perlu kekalkan keharmonian Malaysia sekarang, yang mana tanggungjawab kita sebagai pelukis komik khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Ini sekaligus boleh menunjukkan kepada masyarakat di luar sana yang mana sering kali mempunyai pandangan negatif terhadap pelukis komik, bahawa sebenarnya pelukis komik ini seorang yang bertangungjawab!.
Itu Sahaja!
Berkaryalah secara berhemah dan tertib. Biarlah kita maju dengan acuan kita sendiri tak perlu ikut mengikuti orang luar yang sememangnya mengamalkan cara hidup yang berlainan dengan kita. Anda perlu kreatif! So?..Apa tunggu lagi! Hantar jek!. Kami sentiasa menanti karya-karya hebat anda!!
Wasalam,
Sekian Terima Kasih
Matkomik
Komuniti Komik Online Malaysia
'Majulah Komik Malaysia Seantero Dunia'
Isnin, 6 Mei 2024
Dasar Pendidikan Digital (DPD)
Dasar Pendidikan Digital (DPD) merupakan pernyataan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memacu perubahan landskap pendidikan digital. Tujuannya adalah untuk melahirkan generasi yang fasih dalam penggunaan teknologi digital dan berdaya saing. Berikut adalah enam teras utama dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital:
Murid Fasih Digital: DPD bertujuan untuk melahirkan murid yang mahir dalam menggunakan teknologi digital. Ini termasuk pengetahuan, kemahiran, dan etika dalam penggunaan perangkat digital.
Pendidik Kompeten Digital: Pendidik juga perlu memahami teknologi digital dan dapat mengajar dengan efektif menggunakan alat-alat digital. Mereka harus memahami bagaimana teknologi dapat meningkatkan pembelajaran.
Budaya Kepemimpinan Digital Berwawasan: Kepemimpinan di sekolah dan institusi pendidikan harus memahami perubahan digital dan memimpin dengan visi yang sesuai. Ini termasuk memastikan infrastruktur dan sumber daya digital yang memadai.
Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur: DPD menekankan pentingnya memastikan akses yang memadai ke infrastruktur teknologi dan informasi. Ini termasuk akses ke perangkat keras, perangkat lunak, dan akses internet.
Kandungan Digital Berkualiti: DPD memerlukan penyediaan kandungan digital yang relevan dan berkualiti. Ini termasuk bahan pembelajaran digital, aplikasi, dan sumber daya lainnya.
Rakan Strategik yang Komited: Kerjasama dengan pihak luar, termasuk industri dan komunitas, penting untuk memastikan keberhasilan pelaksanaan DPD.
Dengan mengamalkan teras-teras ini, Malaysia berharap dapat menghasilkan warganegara yang celik IT dan siap menghadapi perkembangan teknologi masa kini1. Jadi, DPD adalah langkah penting dalam mempersiapkan generasi mendatang untuk dunia digital yang semakin kompleks dan canggih.
RUMUSAN DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KPM
RUMUSAN DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KPM, atau Formulasi Asas Pendidikan Digital KPM, adalah rangka kerja yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengarahkan inisiatif pendidikan digital. Beberapa titik utama termasuk:
Pengintegrasian Teknologi: Menekankan pengintegrasian teknologi secara lancar ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Literasi Digital: Memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran literasi digital di kalangan pendidik dan pelajar untuk mengendalikan dan menggunakan alat digital secara berkesan.
Peningkatan Kurikulum: Bertujuan untuk meningkatkan kurikulum melalui penggunaan sumber dan alat digital untuk meningkatkan hasil pembelajaran.
Pembangunan Professional: Menitikberatkan pembangunan profesional berterusan bagi pendidik untuk kekal terkini dengan trend dan alat digital.
Infrastruktur: Mengatasi keperluan infrastruktur teknologi yang kukuh di sekolah untuk menyokong aktiviti pembelajaran digital.
Kerjasama: Mendorong kerjasama di kalangan pihak berkepentingan untuk mempromosikan pelaksanaan berjaya inisiatif pendidikan digital.
Rangka kerja ini berfungsi sebagai panduan untuk memastikan bahawa pendidikan digital di Malaysia adalah holistik, berkesan, dan selaras dengan matlamat amalan pendidikan moden.
https://anyflip.com/ncosr/nuoj/
Sabtu, 4 Mei 2024
Hantar Karya Anda di Sini
https://jendeladbp.my/panduan-penghantaran-karya-majalah-cerpen-dan-puisi-untuk-majalah-dewan-bahasa-dan-pustaka-dbp-dan-jendeladbp/
https://lejen.my/info/hantar-manuskrip
Anda punya manuskrip yang kena dengan gaya penerbitan kami? Jangan terkebil-kebil lagi di depan monitor ini, segera hantarkan kepada kami dan barisan panel kami yang terdiri daripada 12 orang panel tetap akan membuat penilaian.
1. Penulis perlu emelkan kami sinopsis cerita beserta 3 bab pertama cadangan manuskrip novel untuk penilaian pihak Lejen Press di alamat emel manuskrip@lejenpress.com. Jumlah perkataan untuk 3 bab pertama ini adalah sekitar 5000-7000 patah perkataan.
2. Hendaklah menghantar manuskrip dalam format fail Microsoft Word:
Jenis Huruf : Times New Roman, Saiz 12 dan 1.5 Spacing
3. Sertakan nama penuh, umur, alamat emel, dan nombor telefon bagi memudahkan urusan komunikasi pihak Lejen Press dengan penulis.
4. Manuskrip hendaklah bergaya unggul, urban, berani, ekspresif, tidak kaku, luar biasa, asli dan tidak diciplak dari mana-mana karya lain.
5. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian dalam tempoh 1-3 minggu untuk 3 bab pertama yang dihantar.
6. Sekiranya diluluskan, pihak Lejen Press akan menghubungi anda untuk menghantar manuskrip penuh.
7. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian semula manuskrip penuh tersebut dan keputusan samada diterima atau ditolak atau perlukan rombakan / penambahbaikan cerita akan diberitahu dalam masa kurang sebulan.
8. Sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulan, anda dinasihatkan untuk menghantar emel susulan ke manuskrip@lejenpress.com untuk membuat semakan status manuskrip yang telah dihantar.
9. Harap maklum bahawa kami hanya menerbitkan dan menerima novel sahaja.
10. Selamat menulis dengan berani.
FAQ
1) Adakah Lejen sedang mencari penulis baru?
Ya. Kami sangat mengalu-alukan penulis baru yang berbakat besar.
2) Adakah Lejen menerima manuskrip untuk puisi, sajak, syair atau pantun?
Tidak. Kami hanya menerima manuskrip untuk novel.
3) Adakah Lejen menerima manuskrip untuk cerpen?
Kami tidak menerima manuskrip cerpen. Setakat ini cerpen yang kami terbitkan adalah atas dasar jemputan untuk projek antologi cerpen Lejen untuk penulis yang sedia ada.
4) Bagaimana untuk saya menghantar karya?
Emelkan biodata ringkas, sinopsis cerita dan 3 bab pertama ke manuskrip@lejenpress.com
5) Bagaimana sekiranya saya sudah mempunya manuskrip yang lengkap?
Sama juga. Emelkan biodata ringkas, sinopsis cerita dan 3 bab pertama ke manuskrip@lejenpress.com
6) Apakah syarat-syarat untuk sesebuah manuskrip itu diterbitkan?
Paling utama adalah jalan ceritanya perlu kena dengan 'house style' Lejen. Idea mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Kami sangat syorkan penulis membaca dahulu karya-karya yang telah diterbitkan untuk lebih memahami gaya penerbitan kami.
7) Berapa lamakah tempoh Lejen untuk menilai?
Penilaian akan mengambil masa 3 minggu. Namun sekiranya lebih dari 3 minggu masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kami, anda disyorkan menghantar emel susulan untuk bertanyakan status penilaian manuskrip anda.
8) Berapa patah perkataan untuk sesebuah novel?
Antara 45 ribu - 60 ribu patah perkataan.
https://www.jejaktarbiah.com/hantar-karya/
Panduan Menulis dan Menghantar Artikel
- Penulisan hendaklah tidak kurang daripada 2 muka surat dan tidak melebihi daripada 6 muka surat.
- Penulisan hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan menggunakan tatabahasa yang betul.
- Penulis hendaklah warganegara atau penduduk Malaysia.
- Penulis hendaklah melampirkan profil penulis bersama penulisan artikel
- Sebarang pertanyaan berkenaan artikel, soalan boleh diajukan di Instagram @jejaktarbiahdotcom
- Penghantaran artikel tiada tamat tempoh dan anda boleh menghantar artikel sebanyaknya ke platform kami tetapi dihadkan satu artikel hanya satu ruangan e-mel.
Moga bermanfaat untuk anda semua.
1. AKHBAR PERDANA
i) Sastera Utusan Malaysia Sabtu - megasastera@gmail.com
Cerpen dan puisi( cerpen tidak melebihi 1800pp. Sertakan biodata dan gambar penulis. Semua karya yang tersiar, layak dicalonkan untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan HSKU)
ii) Seni Sastera Mingguan Malaysia(ahad) - mingguanmalaysia@gmail.com
Cerpen, ulasan buku, rencana dan puisi (cerpen tidak melebihi 1900pp, rencana dan ulasan buku tidak melebihi 800pp. Semua karya layak dicalonkan untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - HSKU)
iii) Sanggar sastera Berita Harian - bhsastera@bh.com.my
Cerpen dan puisi
(Cerpen tidak melebihi 1600pp. Sertakan biodata dan gambar penulis.)
2. AKHBAR SABAH
i) Harian Ekspres - harianekspres@ymail.com
ii) New Sabah Times - Ftudol02@gmail.com
(cerpen tidak melebihi 8 muka surat saiz A4, font TNR saiz 12, space 2 baris dan puisi tidak melebihi 20 baris)
iii) Utusan Borneo - abdnaddin@yahoo.com
(hantar 2 atau 3 buah puisi serta biodata ringkas)
*Cerpen dalam 9 muka surat saiz A4, font Times News Roman Saiz 12, langkau 2 baris.
3. AKHBAR SELANGOR
i) Ruangan Sastera Sinar Harian - zass.sinarharian@gmail.com
- karya pembaca
Cerpen dan puisi, aktiviti seni, ulasan buku
ii) Selangor Kini - sastera.selangor@gmail.com
- cerpen dan puisi
(cerpen dan esei 800pp. Semua karya yang disiarkan layak untuk dicalonkan Hadiah Sastera Selangor)
Perhatian: Sila beli dan dapatkan akhbar yang disebutkan untuk merujuk syarat selanjutnya.