Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/RLasrerqZDeRiRYp8

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID

Literasi Maklumat, Teknik Belajar, Membaca, Menulis & Alat Pemikiran

 

LITERASI MAKLUMAT

https://elmm.pnm.gov.my/

Apa itu literasi maklumat?



Senarai laman sesawang di jaringan permukaan












LITERASI DIGITAL DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

https://youtu.be/jKC_PP_8yqk

https://web.facebook.com/GengBuku




APLIKASI-APLIKASI BAGI MEMUDAHKAN KERJA-KERJA ONLINE


ALAT PEMIKIRAN
6 Thinking Hats Discussion Infographic by MASYITOH BINTI YAACOB Moestyle="text-align: center;">




TEKNIK BELAJAR, MEMBACA & MENULIS

Teknik Membaca Secara Kritikal: Teknik Preview Teks

TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL

  • Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
  • Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
  • Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
  • Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
  • Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
  • Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
  • Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
    • Teknik Bertanya Kepada Penulis
    • Teknik KWL
    • Teknik Preview Teks
    • Teknik Prosedur Request
    • Teknik Hubungan Soal Jawab
    • Teknik Pengajaran Eksplisit.
    • Teknik Berfikir Bersuara
    • Teknik Menerap Imej
    • Teknik Dialog
  • Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Preview Teks.

TEKNIK PREVIEW TEKS

  • Teknik preview teks dirangka khas oleh Tierney pada tahun 2000 bertujuan untuk membantu pembaca membina pengetahuan latar mengenai seseuatu topik sebelum membacanya.
  • Ketika proses membaca dijalankan, pembaca akan menyatukan perkara yang diketahuinya dengan bahan yang sedang dibaca.
  • Teknik ini menunjukkan bahawa semakin banyak pengalaman latar yang dimiliki oleh pembaca, maka semakin luas makna yang bakal diperolehi daripada bahaan bacaannya.
  • Proses membaca akan menjadi lebih lancar apabila pembaca dapat mengaitkan hubungan antara perkara yang diketahuinya dengan maklumat yang diperolehi di dalam teks.
  • Interaksi baik antara pembaca dengan teks yang dibaca akan meningkatkan lagi kefahaman pembaca terhadap teks tersebut serta ianya juga dapat menambahkan pengalaman membaca.

Perlaksanaan Teknik Preview Teks Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

  • Teknik preview teks adalah sama seperti teknik KWL yang dirangka bertujuan untuk membantu para guru mengajar pelajar membaca dengan cara yang berkesan.
  • Apabila teknik ini digunakan, pembaca dapat meningkatkan pemahaman setelah mereka berupaya untuk menghubungkan pengetahuan latar mereka dengan bahan bacaan.
  • Guru boleh mengabungkan teknik membaca secara sepintas lalu dan teknik membaca imbasan ketika perlaksanaan preview teks ini.
  • Berikut merupakan cadangan tatacara perlaksanaan preview teks di kelas:
  • Guru memperkenalkan pelajar tentang teks yang bakal dibaca oleh mereka pada hari tersebut.
  • Pelajar diarahkan untuk membaca teks yang diberikan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran umum tentang teks tersebut.
  • Pelajar diarahkan untuk membaca teks secara imbasan bagi mencari maklumat tertentu.
  • Pelajar diarahkan untuk menyenaraikan atau membincangkan tentang perkara yang diketahui mereka berdasarkan teks yang dibaca secara sepintas lalu dan imbasan.
  • Pelajar membaca teks sepenuhnya.

Kelebihan Teknik Preview Teks

  • Pengetahuan latar pembaca dapat membantu mereka untuk menjalankan proses membaca dengan lebih mudah.
  • Pembaca akan lebih bermotivasi untuk membaca teks tersebut kerana ianya merupakan sesuatu yang sering dibaca olehnya.
  • Pembaca akan lebih berkeupayaan untuk memahami keseluruhan teks dengan lebih mudah kerana pembaca mempunyai cara pemikiran dan pendapat yang tersendiri berkenaan isi kandungan teks yang dibaca.
  • Pengetahuan sedia ada serta bimbingan daripada guru dapat membuatkan pelajar melalui proses pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

 

Rujukan


Teknik Membaca Untuk Belajar: PORPE


TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR

  • Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang.
  • Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks.
  • Antara teknik yang dicadangkan ialah:
    • Teknik tinjauan
    • PORPE
    • Mencatat nota untuk belajar
    • PLEA
    • Bengkel internet

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu PORPE.

TEKNIK PORPE (PREDICT, ORGANIZE, REHEARSE, PRACTICE, EVALUATE)

  • Merupakan panduan belajar yang dicipta oleh Simpson (1986, 1992).
  • Direka untuk:
    • Membantu murid dalam merancang, memantau dan menilai pembelajaran mereka secara aktif
    • Membantu murid mempelajari proses-proses yang melibatkan penyediaan peperiksaan esei/bertulis.
    • Membantu murid menggunakan proses menulis sebagai salah satu cara mempelajari bahan bidang kandungan.
  • Sesuai untuk menjawab soalan jenis esei.
  • PORPE mempunyai 5 langkah iaitu:
    • Predict (menelah)
    • Organize (menyusun)
    • Rehearse (raptai)
    • Practice (berlatih)
    • Evaluate (menilai)

1. Predict (Menelah)

  • Murid perlu menelah soalan esei yang berpotensi untuk membantu mereka mempelajari bab selanjutnya selepas mereka membaca teks yang dipilih.
  • Cara ini dapat menjelaskan tujuan murid membaca selanjutnya, mengenal pasti aspek-aspek genting dalam teks yang dibaca, dan memberi fokus pada kandungan penting.
  • Soalan esei yang dijangkakan itu menjadi pemandu aras kepada pelajar untuk melakukan sintesis dan menilai bahan bacaan.
  • Simpson telah mengecilkan kepada 4 fasa.
    • Fasa 1: Murid perlu didedahkan dengan bahasa yang digunakan dalam pembinaan soalan esei. Perkataan seperti huraikan, bandingkan, bezakan, dan kritik perlu didefinisikan dan dibincangkan terlebih dahulu.
    • Fasa 2: Guru perlu menunjukkan contoh proses membuat telahan soalan esei kepada murid daripada teks yang diberikan. Perkara ini perlu direkod dan dibincangkan supaya murid faham bagaimana dan mengapa soalan-soalan itu dibentuk.
    • Fasa 3: Murid membuat soalan esei berdasarkan topik khusus. Guru perlu mengarahkan murid untuk membina soalan, memandu mereka menggunakan perkataan yang tepat untuk membina soalan esei.
    • Fasa 4: Murid perlu membuat soalan secara individu.

2. Organize (Menyusun)

  • Murid dikehendaki menyusun maklumat yang akan menjawab soalan yang telah dibuat telahan.
  • Murid perlu meringkaskan dan membuat sintesis teks mengikut struktur bab yang dibaca.
  • Murid mencuba menjawab setiap soalan yang telah dibuat telahan dengan menggunakan perkataan sendiri atau menggunakan visal seperti outline, carta, atau pengurusan grafik tentang jawapan yang dijangkakan.
  • Guru boleh berkongsi alat atau teknik yang digunakan untuk mengingat idea penting bagi menjawab soalan esei seperti rangka kasar.
  • Guru juga boleh membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil dan meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja kepada seluruh kelas.
  • Guru perlu menyemak tugasan murid dan memberikan maklum balas secara bertulis terhadap tugasan murid.

3. Rehearse (Raptai)

  • Pada fasa ini, murid mengeluarkan semula idea, contoh dan susunan yang telah diingat seolah-eloh ketika menduduki peperiksaan.
  • Langkah-langkah ini dicadangkan untuk fasa ini.
    • Arahkan murid membuat raptai dengan menyebut dengan kuat susunan isi penting yang telah dibuat.
    • Tambah idea dan contoh daripada rangka kasar, satu demi satu isi. Tambah lagi idea yang baharu sekiranya betul.
    • Murid digalakkan menguji ingatan mereka berulang-ulang kali bagi memastikan maklumat penting itu berada dalam ingatan jangka panjang apabila susunan, idea dan contoh sudah berada dalam ingatan.

4. Practice (Latihan)

  • Fasa utuk mengesahkan pembelajaran dengan mencatatkan secara terperinci idea yang terdapat dalam fasa raptai.
  • Guru boleh membantu murid sekiranya murid kurang faham cara penulisan semua idea tersebut.
  • Guru perlu menekankan perkara berikut:
    • Lakarkan rangka kasar jawapan untuk menjawab soalan sebelum menulis jawapan sepenuhnya.
    • Pastikan ayat pertama dalam perenggan pengenalan ialah parafrasa daripada ayat soalan atau buat pendirian yang jelas tentang soalan yang dikemukakan.
    • Gunakan frasa transisi seperti faktor pertama atau dengan perkataan lain atau kesimpulannya, dan sebagainya untuk memastikan struktur jawapan jelas dan memudahkan pemeriksa
    • Masukkan contoh bagi setiap idea utama
    • Apabila penulisan tamat, semak semula rangka jawapan untuk menyemak sama ada rangka yang dibuat selari dengan jawapan yang ditulis. Akhirnya, baca sekali lalu untuk memastikan wacana yang dibuat itu mudah difahami dan betul.

5. Evaluation (Menilai)

  • Fasa yang memerlukan murid menilai kualiti latihan menulis jawapan soalan esei.
  • Murid akan belajar memantau sama ada mereka perlu berbalik pada fasa susunan atau fasa raptai atau mereka telah bersedia untuk menjawab soalan berbentuk esei.
  • Guru boleh menyediakan alat pemantauan dalam bentuk soalan seperti yang berikut:
    • Adakah soalan tersebut terjawab?
    • Adakah ayat pertama dalam perenggan pendahuluan memparafrasa soalan atau murid menyatakan pendirian mereka?
    • Adakah jawapan atau idea utama disusun bagi memudahkan pembaca?
    • Adakah contoh digunakan untuk membuktikan kebenaran atau menjelaskan setiap idea utama?
    • Adakah frasa transisi digunakan untuk memudahkan pembaca memahami teks?
    • Adakah kandungan jawapan itu munasabah?

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

https://app.pandai.org/teacher/lesson/teknik-membaca-untuk-belajar-porpe-1636031538/start 



TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL

 

  • Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
  • Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
  • Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
  • Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
  • Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
  • Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
  • Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
    • Teknik Bertanya Kepada Penulis
    • Teknik KWL
    • Teknik Preview Teks
    • Teknik Prosedur Request
    • Teknik Hubungan Soal Jawab
    • Teknik Pengajaran Eksplisit.
    • Teknik Berfikir Bersuara
    • Teknik Menerap Imej
    • Teknik Dialog
  • Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Menerap Imej.

TEKNIK MENERAP IMEJ

  • Merupakan satu prosedur yang bertujuan untuk membantu pelajar menjana imej mental mengenai teks yang dibaca bagi meningkatkan kefahaman mereka.
  • Teknik ini menekankan tiga perkara asas iaitu:
  • Model guru
  • Latihan berpandu
  • Latihan Kendiri

 

Perkara asas yang ditekankan ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan seperti berikut:

 

Langkah 1

  • Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej
  • Memberi penjelasan bahawa menerap imej merupakan strategi membacayang dapat memandu pelajar memahami perkara yang dibaca. (apa)
  • Memaklumkan pelajar untuk membuat gambaran secara mental mengenai perkara yang dibaca bagi membantu mereka mengingati perkara tersebut. (mengapa)
  • Memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri tanpa bantuan guru. (bagaimana)

 

Langkah 2  

Pilih teks berbentuk diskriptif iaitu yang mempunyai kepanjangan kira-kira 100 patah perkataan dan bacakan teks tersebut dengan kuat.

 

Langkah 3

  • Berikan tunjuk ajar mengenai cara penggunaan strategi yang betul kepada pelajar. Guru haruslah melakukan teknik berfikir dan bersuara serta berkongsi pengetahuan sedia ada mengenai teks yang dibaca kepada pelajar. Hal ini sering berlaku apabila terdapat perkataan yang menarik di dalam teks.

 

Langkah 4

 

  • Bekalkan latihan berpandu dengan mengarahkan pelajar untuk menghuraikan imej yang berada di fikiran mereka ketika membaca teks secara lantang. Berikan galakkan kepada pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan yang mereka perolehi berdasarkan imej-imej yang dikemukakan oleh pelajar lain.

 

Langkah 5

 

  • Berikan sokongan ketika pelajar melakukan latihan kendiri.
  • Pelajar bekerja secara berpasangan bagi membaca teks dengan senyap.
  • Pelajar diarahkan untuk bercerita dengan pasangan mereka secara bergilir mengenai imej-imej yang difikirkan dan punca kepada imej tersebut.
  • Kemudian, pasangan pelajar perlu membincangkan tentang persamaan dan perbezaan imej mental yang diceritakan.
  • Guru memberikan panduan dari masa ke semasa agar pelajar dapat menjalankan aktiviti tanpa bantuan daripada guru.

Langkah 6

  • Sediakan latihan kendiri kepada pelajar. Apabila pelajar sudah mahir untuk menggunakan teknik menerap imej ini, berikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan strategi ini bersama teks-teks lain.

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 


TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR

  • Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang.
  • Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks.
  • Antara teknik yang dicadangkan ialah:
    • Teknik tinjauan
    • PORPE
    • Mencatat nota untuk belajar
    • PLEA
    • Bengkel internet

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu teknik tinjauan.

TEKNIK TINJAUAN

Tujuan

  • Menyediakan murid dengan sistem pendekatan membaca untuk membuat semakan awal bab kandungan.
  • Menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untukdigunakan sebagai persediaan murid untuk membaca teks.

Pelaksanaan

  • Menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik.
  • Memandu murid memahami kepentingan awal melakukan semakan awal sebelum membaca teks.

Langkah Prosedur

  • Aukeman (1972) mencadangkan 6 langkah prosedur.
  • Teknik ini menjadi lebih mudah sekiranya kandungan bab disusun mengikut urutan yang berikut:
    • Judul bab
    • Pengenalan
    • Tajuk utama dengan subtajuk
    • Ringkasan
    • Soalan-soalan
    • Latihan

Guru boleh mengadaptasikan langkah prosedur yang dinyatakan oleh Aukeman dengan cara yang dinyatakan di bawah ini.

1. Analisis Judul Bab

  • Guru bertanyakan kepada murid selepas membaca teks bersama-sama.
  • Aktiviti ini boleh disertai murid tanpa mengira tahap kebolehan membaca.
  • Contoh soalan yang boleh dikemukan oleh guru:
    • Apakah pendapat anda tentang perkara yang diceritakan oleh penulis?
    • Sejauh manakah anda mengetahui kandugan yang dibincangkan dalam topik ini?
    • Bagaimanakah kandungan bab ini berkaitan dengan bab yang telah dipelajari?

2. Analisis Subtajuk

  • Untuk membantu murid memahami keseluruhan judul bab, guru perlu menulis kesemua subtajuk di papan putih atau menayangkannya.
  • Teknik ini memerlukan murid untuk membentuk soalan.
  • Murid dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan.
  • Penukaran soalan ini memudahkan murid untuk memahami tuuan spesifik pembacaan bagai setiap subtajuk tersebut.
  • Soalan boleh dibuat melalui sumbangsaran atau kumpulan kecil atau secara individu.
  • Guru mencatatkan cadangan murid di papan putih dan dibincangkan kesesuaiannya.
  • Aktiviti ini boleh dijalankan pada peringkat awal.
  • Teknik ini membantu murid untuk membaca dengan lebih berkesan, terutama apabila murid diarahkan untuk membaca dengan lebih terperinci.
  • Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh murid:
    • Subtajuk: Kegunaan Air
    • Soalan: Apakah kegunaan air?

3. Analisis Visual

  • Sebahagian murid tidak menghiraukan maklumat visual dan sebahagiannya pula tidak memiliki kemahiran untuk menterjemahkan maklumat dalam bentuk visual.
  • Memberi peluang kepada guru untuk menekankan murid tentang kepentingan visual.
  • Guru perlu mengajar murid kaedah untuk memperoleh maklumat daripada teks visual sekiranya perlu, terutamanya untuk murid yang belum mahir.
  • Kaedah yang biasa digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang visual adalah melalui soalan.

4. Perenggan Pengenalan

  • Kebanyakan perenggan pertama dan perenggan kedua memperkenenalkan idea-idea penting dalam bab yang akan dibaca.
  • Guru boleh mengarahkan murid untuk membaca perenggan ini secara senyap sebelum perbincangan dimulakan.
  • Perbincangan dibuat untuk mengetahui bagaimana maklumat dalam perenggan pengenalan ini selari dengan tiga langkah sebelum ini.
  • Guru boleh bertanyakan soalan untuk memperoleh respons daripada murid.
  • Contoh soalan yang boleh dikemukakan:
    • Boleh ceritakan bagaimanakah maklumat yang terdapat dalam perenggan pengenalan ini menyokong sebahagian daripada maklumat yang telah diperoleh semasa kita melakukan tinjauan bab ini?

5. Perenggan Penutup

  • Kebiasaannya perenggan penutup mengandungi ringkasan tentang isi kandungan tersebut
  • Pelajar akan memperoleh pengesahan tambahan tentang apa-apa yang diperoleh dengan membaca ringkasan tersebut sebelum melakukan pembacaan bab sepenuhnya secara terperinci.

6. Mengesan Idea Utama

  • Selain langkah 4 dan 5, Aukeman mencadangkan dengan membaca dan berbincang tentang maklumat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup.
  • Seluruh kelas perlu berbincang dan membina sebuah pernyataan yang ringkas dan padat untuk menggambarkan idea utama bab tersebut.
  • Pernyataan boleh ditulis di papan tulis supaya dapat dilihat oleh semua pelajar.

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca


Teknik Membaca Secara Kritikal: Teknik Dialog


TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL

  • Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
  • Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
  • Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
  • Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
  • Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
  • Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
  • Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
    • Teknik Bertanya Kepada Penulis
    • Teknik KWL
    • Teknik Preview Teks
    • Teknik Prosedur Request
    • Teknik Hubungan Soal Jawab
    • Teknik Pengajaran Eksplisit.
    • Teknik Berfikir Bersuara
    • Teknik Menerap Imej
    • Teknik Dialog
  • Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Dialog.

TEKNIK DIALOG

  • Lebih dikenali sebagai Dialogue Thinking Reading Lessan (D-TRL).
  • Diperkenalkan oleh Michelle Commeyras pada tahun 1991.
  • Bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan gaya pemikiran reflektif yang munasabah agar pelajar boleh membuat keputusan mengenai perkara yang mereka percaya tentang sesuatu isu yang spesifik.
  • Teknik ini juga memberikan galakkan kepada pelajar untuk membaca semula teks bagi mengesahkan maklumat, mempertimbangkan kepelbagian tafsiran serta menilai penerimaan dan kerelevanan tafsiran alternatif yang berbeza antara satu sama lain.

Teknik D-TRL terbahagi kepada dua fasa iaitu:

FASA 1

  • Merupakan fasa bacaan.
  • Antara elemen penting dalam D-TRL adalah teks yang bakal dibaca dan dibincangkan. Oleh itu, pemilihan teks yang baik adalah penting kerana ianya dapat membantu pelajar untuk berbincang mengenai isu atau persoalan daripada pelbagai perspektif. Teks juga perlulah menarik perhatian pelajar.

FASA 2

  • Merupakan fasa perbincangan.
  • Fasa ini akan menggunakan lebih banyak masa kerana ianya adalah sebahagian daripada konsep penting di dalam teknik dialog ini. Antara elemen penting dalam fasa perbincangan ialah pelajar dapat menilai kebenaran dan juga sebab - sebab relevan mengenai kebenaran yang mereka kemukakan. Justeru, bagi memberi galakan kepada pelajar untuk menilai pemikiran mereka, maka guru akan menghakimi sebab - sebab tersebut.
  • Apabila pelajar selesai berfikir mengenai sesuatu topik dari pelbagai sudut yang berbeza, mereka akan diberi peluang untuk menceritakan tentang pendirian yang difikirkan.
  • Asas kepada pemikiran kritikal adalah apabila pelajar mengetahui masa yang sesuai untuk menyatakan kesimpulan. Namun, terdapat juga sesetangah pelajar yang masih tidak bersedia untuk membuat kesimpulan walaupun telah melakukan perbincangan yang baik. Oleh itu, bagi mengelakkan pelajar berbincang tentang kesimpulan yang bakal dilakukan, mereka boleh menulis kesimpulan terlebih dahulu dan berkongsi jawapan selepas itu.
  • Tujuan utama D-TRL ini diperkenalkan adalah supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam perbincangan yang berkesan yang menekankan perkara yang dibaca tanpa bantuan guru sebagai ketua perbincangan.
  • Guru hanya boleh mengambil bahagian dalam perbincangan sebagai ahli biasa atau mengawal pelajar dari kumpulan ke kumpulan.

KELEBIHAN TEKNIK DIALOG

  • Memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan mengenai kepercayaan mereka terhadap sesuatu cerita atau isu yang spesifik.
  • Memberi galakkan kepada pelajar untuk membaca semula teks bagi mengesahkan maklumat yang diperoleh.
  • Memberi galakkan kepada pelajar untuk mempertimbangkan pelbagai tafsiran di dalam teks yang dibaca.
  • Memberi dorongan kepada pelajar untuk memberikan penilaian terhadap penerimaan dan kerelevanan tafsiran alternatif daripada teks yang dibaca dengan teks lain.

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

https://www.academia.edu/7167180/Modul_Keterampilan_Membaca


TEKNIK SPEED READ



CARA INGAT APA YANG KITA BACA





TEKNIK SPEED WRITE



9 TIP BELAJAR EFEKTIF






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Book Cafe

Beli Buku Online