Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/RLasrerqZDeRiRYp8

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID

Jumaat, 6 Januari 2023

PROGRAM WAKAF BUKU PSS MMPS

PROGRAM WAKAF BUKU

PUSAT SUMBER SEKOLAH BUSTANUL 'ARIFIN MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

Pihak sekolah sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menderma/menyumbang buku kepada
pusat sumber sekolah kami.

Sumbangan anda akan diklasifikasi sebagai bahan 
WAKAF BUKU
yang akan dimanfaatkan oleh semua murid sekolah ini.

Program wakaf buku ini bertujuan untuk meningkatkan kadar pembacaan buku murid dan meningkat nisbah pelajar dan buku daripada 1:8 kepada 1:20 bagi sekolah ini.

Sehubungan itu, kami sedia menerima buku yang hanya sesuai untuk bacaan 
pelajar sekolah kami yang terdiri daripada pelajar berumur 13 hingga 18 tahun iaitu:

Menengah Rendah (PT3) - 9 kelas
Menengah Atas (STD & SPM) - 6 kelas
Tingkatan 6 (STAM) - 3 kelas
Jumlah Kelas - 18 kelas 
Anggaran jumlah pelajar - 540 orang pelajar
Kami bersedia menerima buku-buku terpakai yang masih elok & buku-buku baru untuk menjayakan projek ini. Buku-buku yang diwakafkan boleh terdiri daripada buku bahasa Melayu (tulisan rumi), bahasa Melayu (tulisan jawi), buku bahasa Inggeris dan bahasa Arab seperti :
Komik Remaja Ilmiah 
Ensiklopedia
Akta
Gezetier
Biografi
Arkib
Abstrak
Tesis
Indeks
Tesaurus
Buku Ilmiah
Buku Nadir
Buku Panduan
Dokumen/Warta Kerajaan
Big book
Buku cerita/novel remaja islamik
Buku rujukan mata pelajaran
Karya besar (karya sastrawan negara)
Karya agung (bersumber daripada manuskrip)
Majalah
Atlas
Kamus
dan sebagainya yang sesuai untuk remaja.

Buku yang TIDAK DIBENARKAN ialah seperti berikut:
Buku novel cinta
Buku fixi
Buku seram melampau
Buku kontroversi
Lawak kampus
dan sebagainya yang tidak sesuai untuk remaja.

Segala sumbangan boleh terus dihantar ke pejabat atau pondok pengawal MMPS
melalui Tuan Pengetua (Pn. Aishah binti Abdullah, B.C.K.) untuk tindakan Guru perpustakaan dan Media (Ust. Masyitoh binti Yaacob)
dan sesungguhnya semua sumbangan anda sangat-sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PERHATIAN : Program Wakaf Buku ini hanya menerima sumbangan buku.
Harap maklum bahawa, kami sama sekali tidak menerima wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Book Cafe

Beli Buku Online