Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/RLasrerqZDeRiRYp8

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID

Sabtu, 1 Ogos 2020

Bidang Tugas Guru PSS

Tugas Am

·         Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.

·         Memperbanyak koleksi PSS.

·         Mempertingkatkan penggunaan PSS.

·         Memastikan kelengkapan PSS.

·         Memastikan keselesaan PSS.

·         Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar.

·         Pengagihan bebantugas.

·         Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pengawas PSS.

·         Penyebaran maklumat kepada guru dan murid menngenai PSS dan penggunaannya.

·         Memastikan buku stok dikemas kini.

·         Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS.

·         Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi.

·         Merancang aktiviti dan melaksanakannya.

·         Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan.

·         Memastikan keselamatan semua bahan bantu mengajar yang menggunakan elektrik.

 

Guru Media / Penyelaras PSS

·         Menyelaraskan semua program yang dirancang.

·         Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan mengadakan mesyuarat.

·         Menyediakan jadual kerja bagi kakitangan pusat sumber dan perpustakaan.

·         Menyediakanu ndang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.

·         Menceriakan PSS.

·         Memberikan  khidmat  nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.

·         Membantu melaksanakan program perkembangan staf.

·       Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PSS.

 

Guru Perpustakaan

·         Mengurus pelantikan pengawas PSS dan memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid.

·         Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.

·         Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.

·         Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

·         Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.

·         Mengurus pembelian buku.

·         Merekodkan buku perolehan dalam bukustok.

·         Mengkelaskan buku mengikut  sistem yang digunakan di sekolah.

·         Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

·         Merawat buku dan mengurus hapus kira buku.

·         Membuat laporan tahunan untuk rekod.

 

Guru Bahan Bantu Mengajar BBM/APD/ K (Komputer)

·         Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan software/hardware sentiasa dalam keadaan baik.

·         Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.

·    Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.

·         Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K.

·         Mengurus penggunaan BBM/APD/K secara berterusan.

·         Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.

·         Memastikan keselamatan BBM/APD/K.

·         Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD/K.

·         Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.

·         Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria.

·         Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Book Cafe

Beli Buku Online