Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/RLasrerqZDeRiRYp8

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID

Rabu, 29 Julai 2020

Peraturan Pusat Sumber Bustanul 'Arifin (PSBA) Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS) (SABK)


  • Pengguna mesti sentiasa berkeadaan senyap apabila berada di dalam PSBA MMPS.

  • Segala kemudahan yang disediakan oleh PSBA MMPS adalah untuk pengguna yang berdaftar sahaja.

  • Semua beg atau bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam PSBA MMPS.

  • Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjamnya.

  • Bahan PSBA tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran guru dan pengawas PSBA MMPS.

  • Menempah tempat duduk adalah dilarang walaupun untuk tempoh yang singkat.

  • Semua buku, fail-fail, beg dan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di atas meja akan  dikeluarkan oleh kakitangan PSBA MMPS bagi kemudahan pengguna lain.

  • Semua hutang dengan PSBA MMPS MMPS hendaklah dijelaskan dalam jangkamasa sebulan daripada tarikh ianya dikeluarkan.

  • Buku-buku yang dipinjam adalah dianggap masih lagi di dalam pinjaman sehingga rekod dibatalkan melalui Kaunter Pinjaman. Peminjam juga hendaklah memastikan bahawa tarikh pemulangan adalah dibatalkan semasa buku dikembalikan.

  • Pengawas PSBA berhak untuk meminta pengguna yang dianggap mengganggu ketenteraman pengguna lain supaya keluar dari PSBA MMPS.

  • Pengguna PSBA MMPS hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan mengikut Etika Pakaian yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar (bagi pelajar). Pengawas PSBA berhak untuk meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan ini supaya meninggalkan PSBA MMPS.

  • Denda dan/atau penggantungan dari menggunakan kemudahan PSBA MMPS boleh dikenakan jika didapati pengguna melanggar peraturan PSBA MMPS.

  • Pengguna diminta supaya menunjukkan semua bahan kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas semasa hendak keluar dari PSBA MMPS.

  • Tidur, merokok, makan dan minum di dalam PSBA MMPS adalah dilarang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Book Cafe

Beli Buku Online