Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/FqvzPjpDHWk9fyFw5

Selasa, 2 Ogos 2022

PENGOPERASIAN PUSTAKA ABU UBAIDAH

1.8.2022, Isnin, Hari pertama Pustaka Abu Ubaidah beroperasi. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.




MAJLIS PERASMIAN NILAM 2022

 <iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fmaktabmahmudpokoksena%2Fposts%2Fpfbid02NR34GwWEa3EdxKaTXdzTxH16KyWqyN3DPCpJBxN9VD1mc7PMChojCRFnsTpBg7T2l&show_text=true&width=500" width="500" height="665" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>

Jumaat, 27 Mei 2022

Proses Kemas Pustaka Abu Ubaidah (PUM)

25/5/2022-Rabu-Alang-alang kemas kelas utk Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat Lembaga Maktab Mahmud (LMM), kemas sekali PUM yang diamnahkan kepada JK Pusat Sumber Sekolah dan telah ditukar nama kepada Pustaka Abu Ubaidah. Biar gambar yang berbicara, berikut adalah sedikit dokumentasinya:
Buku-buku yang telah dikeluarkan daripada PUM

Selasa, 24 Mei 2022

Taklimat Pengurusan Pusat Sumber dan NILAM Sekolah-Sekolah Daerah Kota Setar Tahun 2022

Alhamdulillah, dizinkan Allah SWT untuk menghadiri Taklimat Pengurusan Pusat Sumber dan NILAM Sekolah-Sekolah Daerah Kota Setar Tahun 2022. 
Antara minit curai yang boleh dikongsi bersama ialah seperti berikut:

1. Semua guru ialah guru nilam.
2. Lantik ajk nilam/pss (utk buat NILAM & kira data NILAM
3. Semua bahan boleh rekod (poster, glob, carta, glob, peta, risalah dll)
4. Pelajar ting 1-3 dh ada buku NILAM mohon gunakan semaksima mungkin. (Bw buku NILAM round sekolah baca & rekod)
5. Kolaborasi dgn semua panitia
6. Mohon maklum&laporan dokumentasi aktiviti nilam/bacaan setiap panitia.
7. Operasi NILAM, spotcheck
8. Target ting 1 wajib 1 bintang, ting 2 - 2 bintang, ting 3 - 3 bintang & seterusnya. 
9. Nilam berfokus, marathon rekod NILAM.
10. Wajib bawa buku NILAM masa masuk pss
11. Dpt 1 bintang rekod dlm SSDM
12. Wujudkan pencapaian NILAM dlm surat berhenti sekolah.
13. Highlight NILAM dgn PAJSK
14. Ada merit NILAM untuk dpt biasiswa n masuk IPTA/IPTS

Sekian dahulu. Ada banyak lagi. In syaa Allah akan diupdate kemudian.

Sabtu, 9 April 2022

Pertandingan Pengkarya Muda (Cerpen) 2022

 


Pertandingan Bicara Buku Murid 2022

 


Kuiz Orientasi PSS MMPS Untuk Para Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2022

 Assalamualaikum...

Di sini disertakan link kuiz orientasi PSS MMPS untuk semua pelajar tingkatan 1 2022. https://forms.gle/hRHSA8fZFk5jiwLN8

Satu HADIAH ISTIMEWA disediakan kepada pelajar tingkatan 1 yang berjaya mendapat markah tertinggi. Manakala sijil diberikan kepada pelajar mendapat markah 75% ke atas. Tahniah & jutaan terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas kejayaan & kesudian menjawab soalan kuiz orientasi PSS MMPS tahun 2020. Selamat Berjaya!

#MMPS💜membaca

#SahsiahTerpujiPendidikanTertinggi

Keputusan semasa Kuiz Orientasi PSS MMPS

Khamis, 31 Mac 2022

Gotong-Royong PSS MMPS 2022

31.3.2022-Khamis-Sempena pembukaan sesi persekolahan baru pada 4.4.2022, gotong-royong perdana sekolah telah diadakan. JK PSS MMPS juga melaksanakan gotong-royong PSS demi keselesaan para pelajar yang akan menggunakan kemudahan PSS. Namun, hanya AJK guru sahaja yang bertungkus lumus dengan bantuan seorang utusan Allah yang tolong buang serawang labah-labah & sapu sampah. Lepas tu datanglah kawan-kawan yang merupakan pengawas PSS juga tetapi tidaklah membantu sangat pun. Apa-apapun terima kasih atas kehadiran kamu ke sekolah bagi membantu guru-guru lain. 


Keloi dalam group pengawas pss, namun tiada yang menyahut. Bagi sesiapa yang ada masyaqqah & maklumkan, terbaik. Atleast, tidaklah ustazah bersuu' az-dzon. 

Ya Allah, gantikanlah dengan pelajar yang ikhlas membuat gerak kerja-Mu melalui wasilah PSS. Kami guru-guru PSS tak kuat tanpa dokongan para pengawas PSS yang rajin tanpa disuruh.

Sedikit dokumentasi gotong-royong. Masa mai ramai-ramai tak ambil gambaq. 😷

Rabu, 30 Mac 2022

Buku Travelog Ustazah Basikal

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk update penerimaan Buku Travelog Ustazah Basikal...  Terima kasih kepada para pewakaf.

Update terkini wakaf :-

- Kutipan wakaf terkini
- Bilangan sekolah
- Bilangan set buku

Alhamdulillah 🤲🏼 berpusu-pusu orang mahu join wakaf buku ustazah basikal. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua yang support kami dalam kempen ini. 

Kami sasarkan sebanyak *366 buah sekolah*🏫 yang akan terima *2 set*📚 buku ustazah basikal. 

Bantu kami dapatkan nama sekolah yang ada di sekitar kawasan kediaman/daerah anda untuk kami hantar buku ini. Sertakan sekali PIC ( Personal Incharge ) / wakil untuk uruskan penerimaan buku ini.

Berikan sahaja sebanyak mungkin nama sekolah. Tiada had selagi kuota 366 tidak penuh.

Nama : MASYITOH BINTI YAACOB
Alamat : MAKTAB MAHMUD POKOK SENA, 06200 LANGGAR, KEDAH.
No Fon : 04-7870624

Pembelian Buku 2021/2022

Antara pembelian buku dengan menggunakan duit PCG tahun ini...

Syarikat Shadani SDN. BHD.

Geng Buku SDN. BHD.
dari kiri: Ust. Jehan, Ust. Masyitoh & wakil penjual buku Syarikat Geng Buku Sdn. Bhd. En. Wan.

Semoga pembelian buku-buku ini bermanfaat & dapat dimanfaatkan oleh para pelajar, guru-guru serta warga sekolah secara keseluruhannya. Membumikan PSS MMPS kepada semua warga MMPS.

"BUDAYA MEMBACA, BUDAYA MULIA"

Taklimat PSS Program Orientasi Alam Maya Tingkatan 1 MMPS 2022

Isnin, 28/3/2022, pukul 10.30-11.00 pagi, telah diadakan taklimat PSS dalam Program Orientasi Alam Maya Tingkatan 1 MMPS. Sedikit dokumentasi program ialah seperti berikut:



Rabu, 23 Mac 2022

Selamat Berpraktikal kepada Guru Praktikal UPSI di PSS MMPS

20 Mac 2022-Ahad-Al-hamdulillah pihak sekolah menerima kehadiran 2 orang guru praktikal dan seperti biasa, PSS merupakan tempat mereka bertapak. Semakin ceria PSS dengan kahadiran mereka. Selalunya PSS akan kesunyian. Harap mereka dapat menyesuaikan diri di PSS MMPS. Akhir kata selamat berpraktikal kepada Us. Muaz & Us. Syakirin.

Selasa, 8 Februari 2022

Persediaan Ujian Lisan BM SPM 2021

Nabil & Amirul: Assalamulaiakum... Ustazah kami nak study kat library boleh dak?
Ust. Masyitoh: Of course boleh. Ust lagi suka kamu manfaat & guna kemudahan PSS (dlm hati). 

P/S kepada semua pelajar, jadikan PSS sbb tempat mendapat pelbagai sumber maklumat & kemahiran. Buku, TV Astro & Self Acces Learning (SAL). 

#Maaf dipinta daripada pihak JK PSS kerana perkhidmatan masih belum tip top.

Maan najah untuk ujian lisan esok bersamaan 9 Feb 2022. Hari ni, giliran kelas Adil berujian lisan dengan pemeriksa luar...

Book Cafe

Beli Buku Online

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID