Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/FqvzPjpDHWk9fyFw5

Selasa, 8 Februari 2022

Kelas 5 Amanah 2022@PSS MMPS

Pembelajaran LAM melalui permainan...
Semoga cemerlang dalam SPM KAMU khususnya dalam subjek LAM dan semua subjek amnya...
Anak-anak didik 5 Amanah yang bersungguh-sungguh semasa bermain. Bersama antum & antunna kejayaan daripada Allah yang maha segala. Maafkan & doakan guru-guru juga. 

Proses Teknik: Penkatalogan & Perlabelan 2022

Sepajang minggu persekolahan secara penggiliran. Pihak JK PSS telah merekruit pengawas PSS untuk membantu dalam proses teknik buku-buku lama & baru. Terima kasih daun keladi untuk segala bantuan & pengorbanan...
Ini adalah antara tugas hakiki seorang pengawas pusat sumber...

#Syafaah
#Ainul Haifa
#&The Geng

Pembelian Buku PSS MMPS daripada pihak Geng Buku 2022

25 Jan 2022-Selasa-Satu pembelian telah dilaksanakan dengan pihak geng buku. Pbelian bernilai RM3K lebih untuk menambah koleksi buku baru di PSS MMPS. Harap 100% pelajar & guru terlibat dengan program & penggunaan PSS.

Semoga buku-buku yang dibeli ini memberi manfaat & faedah berganda kepada kemenjadian pelajar & kecemerlangan guru di MMPS. 

Penarafan PSS MMPS 2021

[2/8, 09:38] Mmps Pengetua: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menjalankan penarafan Pusat Sumber Sekolah 2021 secara dalam talian pada 28 November 2021 hingga 31 Disember 2021. Bersama-sama ini dilampirkan keputusan penarafan tersebut untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai taraf 5 bintang. Sekian untuk makluman. Terima kasih.

[2/8, 09:41] Mmps Pengetua: Tahniah Masyi dan jwk PSS....teruskn lagi usaha...target kita 10⭐


Terima kasih juga atas segala ucapan yang segalanya kembali kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W. dan semua warga MMPS.

Simpan sini sebagai kenangan... Tanggungjawab sangat berat untuk kekalkan & teruskan kecemerlangan. Allahu musta'aan... Iyyaaka nasta'iin...

Isnin, 10 Mei 2021

Pertandingan Pengkarya Muda 2021

Jom sertai pertandingan menulis cerpen. Asah bakat anda dalam bidang penulisan. Berdakwah melalui penulisan. Penulisan boleh menjadi mata pencarian anda pada masa akan datang. Terdapat banyak lagi faedah menulis yang belum disingkapkan. Sampaikanlah ilmu berfaedah melalui penulisan.

Set Komputer PSS Baru 2021

Khamis-5 Mei 2021-Alhamdulillah ala kulli niamihi... Terima kasih kepada Tuan Pengetua, Teacher Aishah, PK1, Us Yusri & barisan pentadbir yang lain kerana merealisasikan impian untuk dapatkan set komputer baru bagi tujuan penggunaan sistem automasi secara online nanti. Memandangkan sistem automasi lama telah corrupt, maka terpaksa memilih sistem automasi secara online sebagai plan kontigensi. Semoga JK Pengurusan PSS MMPS dapat bergerak kerja secara jitu & laju bagaikan kilat. Mohon doa daripada semua. Tanpa sokongan & dokongan semua pihak, siapalah kami...

Terima kasih sebab tolong pasangkan laptop baru, install printer & cannectkan tv dengan wifi....

My#QuranHour 6.5.2021@24 Ramadhan 1442H

Alhamdulillah berkesempatan menyiarkan My#QuranHour drp PSS MMPS. Semoga Allah S.W.T. menerima usaha & amalan hamba-hambaMu yang kerdil ini...

Selasa, 6 April 2021

Ujian Lisan Lunghah Arabiyyah Muasirah STAM & SPM 2020

Selama seminggu berlangsungnya ujian lisan LAM STAM & SPM 2020 di PSS MMPS & berikut adalah laporan bergambar.
Ujian Lisan STAM
Ujian Lisan LAM SPM 2020

Taklimat PSS & NILAM @ Minggu Orientasi Tingkatan 1 2021

6/4/2021-Dewan Makan as-Syakirin-Satu slot Taklimat PSS & NILAM telah diberikan sempena Minggu Orientasi Tingkatan 1. Alhamdulillah berjaya dilksanakan dengan jayanya dan di sini disertakan gambar sekitar pelaksanaan program tersebut.

Taklimat PSS oleh Ust. Masyitoh
Taklimat NILAM oleh Ust. Jehan

Khamis, 26 November 2020

Pertandingan Poster HPM PSS MMPS 2020

Assalamualaikum & Salam PSS MMPS untuk anda...
Dengan ini diumumkan bahawa unit program PSS MMPS (atas inisiatif Ust. Afifah) dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan poster digital di peringkat sekolah dan peringkat kebangsaan. Berikut adalah banner dan link penyertaan pertandingan. 
Jom sertai "Pertandingan Mereka Poster Digital Kepenggunaan" anjuran Pusat Sumber Bustanul A'rifin MMPS. 
- Bermula 26 Nov-17 Dis 2020. 
- Sijil Penyertaan dan Hadiah Menarik.
- Setiap karya yang memenuhi kriteria akan dihantar ke peringkat kebangsaan.
- Sila isi borang penyertaan di link berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfAcJ5f15lZJnBuxWSpC5Ku7NzQczyrDMg4v3nvZb0anIldfg/viewform?usp=sf_link

Khamis, 19 November 2020

Rak Baru di Bilik BBM

20/11/2020-Khamis- Pihak Panitia al-Lughah al-Arabiyyah al-Muasirah telah membeli rak baru untuk meletakkan bahan bnatu mengajar yang dibeli oleh pihak panitia. Dengan adanya rak baru ini, bilik BBM akan nampak lebih tersusun dan kemas. Sekalung penghargan dan ucapan terima kasih daun keladi daripada pihak JK PSS MMPS kepada Ust. Roshida dan Ust. Huda yang telah bersusah payah untuk menbeli rak baru ini. Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakn Bersyarat (PKPB), namun tetap tidak mematikan semangat untuk menyediakan rak ini dan memasangkannya sekali. Berikut merupakan gambar-gambar yg berkaitan sebagai dokumentasi.

Book Cafe

Beli Buku Online

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID