Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/FqvzPjpDHWk9fyFw5

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID

Jumaat, 6 November 2020

Pembentangan Belanjawan Negara 2021

6/11/2020-Jumaat-PSS MMPS-Para pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek Ekonomi Asas sedang khusyuk menonton siaran langsung Belanjawan Negara melalui TV Astro TV1 di PSS MMPS. Alhamdulillah perkhidmatan TV di PSS MMPS dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan cara pemberian tugasan sebegini. Harap akan ada sesi menonton TV beramai-ramai sebegini lagi selepas ini...
Hanya 7 orang sahaja pelajar lelaki asrama yang mengambil subjek ini. Muslimat telah mendominasi 3/4 kawasan PSS MMPS 😅. Walauapapun situasinya, selamat menonton ya anak-anak Malaysia sekalian. Semoga dapat tangkap & tidak terlepas isi penting yang telah ditugaskan. 

Ujian Lisan STAM di PSS MMPS

Ujian lisan STAM diadakan pada hari selasa bersamaan 3/11/2020
Antara sesi ujian lisan yang diadakan di PSS MMPS. Kepada para guru yang ingin menggunakan perkhidmatan PSS MMPS atau komen dan cadangan untuk memajukan lagi PSS MMPS amatlah dialu-alukan.

Sabtu, 3 Oktober 2020

Guru Praktikal di PSS MMPS

Alhamdulillah pihak sekolah baru menerima kehadiran 3 orang guru praktikal daripada IPG Sultan Abdul Halim. Mereka ditempatkan di PSS kerana ketiadaan tempat kosong di bilik guru. Maka ramai lah pengunjung PSS dengan keberadaan mereka di situ. Ahlan wa Sahlan ke MMPS untuk mempraktikkan ilmu pengajaran yg dipelajari secara teori selama ini. 

Baru seminggu melapor diri di MMPS, PKPD di daerah Kota Setar pula di laksanakan. Pihak IPGSAH menukarkan mereka ke sekolah sekitar daerah Kubang Pasu iaitu SMK Pulau Nyiur dan SMK Jitra.
Oleh kerana bilangan waktu mengajar tidak menepati keperluan kursus, mereka memohon untuk kembali ke MMPS. Namun, hanya Bahriah dan Amirah sahaja yang kembali berpraktikal di MMPS. Selamat berpraktikal ya Bahriah dan Amirah. 

Aktiviti PDPC di PSS MMPS

Kelas 5 Amanah sedang melakukan aktiviti PDPC di PSS MMPS pada 22 September 2020 yang lalu...


Semoga mereka berjaya dalam SPM 2020/2021 yang bakal diduduki oleh mereka. Subjek LAM lulus dengan cemerlang semuanya. 

Khamis, 1 Oktober 2020

Gelagat 3 Arif di PSS

Ya Allah... Jadikan mereka orang-orang yang berguna di dunia dan akhirat. Jauhkan mereka daripada perkara maksiat dan kejahilan dunia. 
Mereka anak yang baik dan mendengar kata...

Rabu, 30 September 2020

Mural On Progress

Mural sumbangan Us Amin dan anak-anak murid 3 Adil
mural yang tak siap lagi...
Terima kasih sambung kerja melukis mural pada hari cuti... Jumaat, 2 Oktober 2020. Maaf sebab admin tak dapat join sekali...

Skedda Si Sistem Tempahan PSS

Skedda.com membantu untuk memudahkan urusan tempahan PSS oleh para guru... 
Ni lah paparan skedda.com tu... 

Pemasangan Rak Buku Apex Baru

Terima kasih atas pemasangan rak buku baru di PSS Bustanul 'Arifin hari ni 30 September 2020... Beli sikit-sikit, lama-la jadi bukit.
Al-hamdulillah dah siap pasang akhirnya... Semoga bertahan lama hendaknya. 

Book Cafe

Beli Buku Online