Nak tempah BILIK-BILIK KHAS MMPS, sila isi link ini: https://forms.gle/FqvzPjpDHWk9fyFw5

Pelaporan NILAM MMPS (Individu) - Sila taip IC anda pada ruang ID_MURID

Khamis, 20 Ogos 2020

Syukran Jazilan kepada para guru yang mengimarahkan PSS MMPS

Wahh... al-hamdulillah... meriah PSS dengan kehadiran para guru (Cikgu Hasriah, Cikgu Azian, Ust. Ilmi, Us. Faiz, Ust. Huda, Us. Amin dll yang bakal menggunakan perkhidmatan PSS pada masa akan datang) dan pelajar-pelajar melaksanakan aktiviti NILAM dan mengikuti PDPC guru. Ahlan wa sahlan! kami (JK PSS MMPS) ucapkan. Selalunya... guru-guru tertentu (JK & guru yang cintakan PSS 🤭) ja yang sudi memanjat ke tingkat 2 blok A tu. Ala-ala kayangan gitu PSS MMPS. Cabaran juga nk mengajak reramai mengimarahkan PSS. Ada juga pelajar yang seingatnya tidak pernah menjejakkan kaki ke PSS (walaupun kini telah berada di tingkatan 5 pun) dah mula suka dan teruja untuk masuk ke PSS. Nak tengok TV katanya 😃. Harap kempen jom masuk PSS beramai-ramai akan berterusan... 


Rekod Penggunaan PSS MMPS


Kelas BM Cikgu Hasriah yang sangat supportive orangnya 🥰 
TQ K As atas sumbangan idea untuk penambahbaikan PSS sekolah.

Us. Amin yang tengah meninjau PSS dan gambar di atas sebenarnya 
adalah lakonan semata-mata... 🤭







Kelas LAM 3 Adil Ust. Huda. Nampaknya kelas 3 Adil merupakan kelas yang 
paling kerap ke PSS MMPS.

Gambar guru-guru lain tidak berkesempatan untuk ambil gambar... Nanti kita update semula... In syaa Allah...

Selasa, 18 Ogos 2020

Ucapan dan Tips Menghadapi Peperiksaan

Sedikit tips untuk para penuntut@pengemis ilmu...

!العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر 

Pemasangan TV Astro Pendidikan

Al-Hamdulillah pada tanggal 17 Ogos 2020, pemindahan antena astro telah dilaksanakan. TV Astro Pendidikan juga telah berfungsi dengan jayanya. Harap keberadaan TV Astro Pendidikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Haaza min fadhli robbina...

Terima kasih kepada al-Fadhil Us Amin kerana melawat PSS dan atas kesudian memyumbangkan lukisan mural untuk dinding PSS.

Sabtu, 15 Ogos 2020

Latihan Catur di PSS MMPS

Pada 11 Ogos 2020 pukul 11.00 pagi, satu sesi latihan catur online telah dilaksanakan di PSS MMPS. Terima kasih kerana sudi menggunakan PSS MMPS sebagai tempat latihan. Maaf atas segala ketidak selesaan ketika menggunakan perkhidmatan kami. Sebarang aduan dan cadangan serta segala bentuk sumbangan boleh dikemukakan kepada pihak JK PSS MMPS. 
Veneu pertandingan pada tarikh 13 Ogos 2020, hari Khamis telah dipindahkan ke bilik Bitara Sena untuk lebih selesa. 
Makluman:
Kejohanan Catur Dalam Talian LMM. 
13/8/20 -Rabu
Murid yang terlibat seperti berikut

1. Muhammad Adib Fakhri - T.3
2. Muhammad Diya Adam - T3
3. Nur Faten Nabilah - T3
4. Nur Qistina - T3
5. Fakhrul Hakim - T4
6. Qatrena Wafa' - T4
7. Aida Nazifa - T4
8. Iman Hanif - T5

Tempat: Bitara Sena

Harap maklum. Syukran.
Keputusan pertandingan catur online agak memuaskan dimana terdapat di antara peserta lelaki dan perempuan tersenarai dalam 10 orang pemenang yang memperoleh markah tertinggi. Al-Hamdulillah. 
Senarai pemenang bagi setiap kategori adalh seperti berikut:
Tahniah/Mubaarak kepada semua pemenang... 

Jumaat, 14 Ogos 2020

Pusat Sumber Bustanul 'Arifin in the Making...

Ceritera sapu sampah, mop, lap habuk, kemas, bersepah, berhabuk semula, kemas balik... Tak habis ceritera ni sampai ke sudah... Mohon tips sekali kemas ja, kekal kemas dan cantik selama-lamanya...

Sebelum...










Selepas...









Parking di sini sebagai kenang-kenangan... Ya Allah... mohon berikan kekuatan dan kerajinan kepada kami pihak JK PSS MMPS untuk mengemaskinikannya selalu.... Gambate...



Transformasi nama PSS MMPS kepada Pusat Sumber Bustanul 'Arifin MMPS

Pada tanggal 22 Julai 2020, pihak Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS) telah memgemukakan cadangan nama bagi pusat sumber sekolah sebagai salah satu langkah penjenamaan. Berikut merupakan screenshot perbualan bersama tuan pengetua Pn. Aishah Abdullah B.C.K.
Setelah beberapa hari bersama tarikh 27 Julai 2020, pihak tuan pengetua dan pentadbiran telah bersetuju untuk menamakan PSS MMPS sebagai nama Pusat Sumber Bustanul 'Arifin. Screenshot pemilihan nama oleh pihak tuan pengetuan dan pentadbiran sekolah adalah seperti berikut:
Al-Hamdulillah termakbul hajat pihak JK PSS MMPS untuk memberikan nama kepada pusat sumber sekolah ini. Semoga dengan penjenamaan baru ini dpt meningkatkan fungsinya sebagai taman orang-orang berilmu selari dengan maksud nama yang diberikan. Mohon kerjasama, sokongan dan bantuan daripada semua pihak dan warga sekolah sendiri untuk mengimarahkannya. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sabtu, 1 Ogos 2020

Mesyuarat Jawatankuasa PSS MMPS Kali Pertama Tahun 2020


Surat Panggilan Mesyuarat JK PSS MMPS Kali Pertama Tahun 2020

Jamuan makan sebelum masyuarat dimulakan


Para Pengawas PSS MMPS 2020 yang komited dan berdedikasi

Gotong-Royong PSS MMPS 2020


Pokok Skybird Viral untuk Pusat Sumber Bustanul 'Arifin
Maktab Mahmud Pokok Sena
21 Julai 2020


Gotong-royong Pengawas PSS
Pusat Sumber Bustanul 'Arifin
Maktab Mahmud Pokok Sena
28 Julai 2020


Senarai Nama Guru-Guru NILAM MMPS

BIL

NAMA

TINGKATAN

1

HASRIAH OSMAN

NAFISAH ASGAR ALI

WAN RABIATULADAWIYAH WAN RANI

1 ADIL

2

AZIAN MD SALLEH

MOHD. IZUWAN AHMAD

WAN RABIATULADAWIYAH WAN RANI

1 AMANAH

3

SAHANITA HASHIM

MOHD. IZUWAN AHMAD

ROSHIDA ABDUL HAMID

1 ARIF

4

AZIAN MD SALLEH

FATIMAH MARZUKY

NORFAIZAH AHMAD SHABUDDIN

2 ADIL

5

HASRIAH OSMAN

FATIMAH MARZUKY

AFIFAH SHAFIE

2 AMANAH

6

AZIAN MD SALLEH

FATIMAH MARZUKY

IBTISAM ALAUDDIN

2 ARIF

7

HASRIAH OSMAN

HAFSAH HAMDAN

NURUL HUDA HAYATI ABD. TALIB

3 ADIL

8

AZIAN MD SALLEH

HAFSAH HAMDAN

ROSHIDA ABDUL HAMID

3 AMANAH

9

HASRIAH OSMAN

HAFSAH HAMDAN

MASYITOH YAACOB

3 ARIF

10

SAHANITA HASHIM

NORFARADILA SHAMSUL TAJRI

IBTISAM ALAUDDIN

4 ADIL

11

SAHANITA HASHIM

IBTISAM ALAUDDIN

AFIFAH SHAFIE

4 AMANAH

12

SAHANITA HASHIM

NORFARADILA SHAMSUL TAJRI

NURUL HUDA HAYATI ABD. TALIB

4 ARIF

13

SHAHRANI SALLEH

NORFARADILA SHAMSUL TAJRI

THALIB MD. REJAB

5 ADIL

14

SAHANITA HASHIM

FARADILA SHAMSUL TAJRI

MASYITOH YAACOB

5 AMANAH

15

SAHANITA HASHIM

FARADILA SHAMSUL TAJRI

MUHAMMAD FARID ABD. RAHMAN

5 ARIF


Book Cafe

Beli Buku Online